Pelan User Get User

Nilai ganjaran sebanyak 5% di atas jumlah top-up pengguna yang anda perkenalkan. Mereka top-up di mana-mana sahaja di serata Malaysia, dan anda menikmati ganjarannya.

USER GET USER (UGU)
Terma & Syarat:
1. Program ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan ONEXOX sahaja.
2. Setiap pelanggan layak untuk mengesyorkan perkhidmatan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
3. Pelanggan layak mendapat 5% ganjaran daripada tambah nilai yang dibuat oleh kenalan.
4. Tiada yuran atau caj tambahan yang dikenakan.
5. Pelanggan hanya perlu membawa kenalan bersama-sama dokumen pengenalan kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.
6. Pelanggan yang mengesyorkan mesti memastikan nombor telefonnya dimasukkan bersama ketika pengedar mendaftarkan langganan kenalannya.
7. Tertakluk kepada mekanisme ganjaran.

Mekanisme Ganjaran:
1. 5% ganjaran keatas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui Pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh One XOX Sdn. Bhd. sahaja.


2. Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan.
Contoh:- Jumlah ganjaran RM28.90 akan dinilai RM28 sahaja.
3. hanya pada penyertaan yang mendapat jumlah terkumpul
3. Ganjaran terkumpul (atas RM1 sahaja) pada bulan semasa akan di lunaskan pada bulan berikutnya diantara 16-20 haribulan (hari bekerja).
4. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.
5. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih. Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi.
6. Kemaskini maklumat perbankan: Daftar dan login ke Sahabat ONEXOX dan kemaskini maklumat perbankan.
'Account Manager' -> 'View Profile' -> Isi ruangan ‘Maklumat Perbankan’ -> klik ‘Kemaskini’